Powered By Apokehei©

Webisod Taylor Samsung Hangat OTG3 Oxygen petronas

Thursday 2 August 2012

Info : Kereta Malaysia Keluaran Proton


Proton Saga : Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan 1985.

Proton Iswara : Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga,dilancarkan pada 1992.

Proton Wira : Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt.Versi ini amat popular di Malaysia.

Proton Perdana : Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.

Proton Putra : Sport Coupe 2 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti.Pengeluaran Putra bermula daripada tahun 1995.

Proton Satria : Hatchback 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.Dikeluarkan pada tahun 1995.
Proton Satria R3 : Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.
Proton Satria Neo : Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro.

Proton PERT : Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution III. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

Proton Tiara : Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX.Pengeluarkan pada 1996.

Proton Waja : Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri.Dilancarkan pada tahun 2000.

Proton Juara : Proton Juara merupakan sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.Dilancarkan pada 2001.

Proton Arena : Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia.Dilancarkan pada 2003.


Proton Gen-2 : Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira.Dilancarkan pada 2004.

Proton Savvy : Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara.Dilancarkan pada 2005.

Proton Persona : Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback.Dilancarkan pada 2007.


Proton Saga : Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada  2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.

Proton Exora : MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 2009. Ia menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda/6750rpm dan 150Nm of tork/4000rpm, memberikan kelajuan maksimum 165 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100 km.

Proton Emas : Proton Emas merupakan tiga kereta konsep yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd di Geneva pada 2010.


Proton_Preve : (Nama kod dikenali sebagai P3-21A) adalah kereta padat yang dibuat oleh Proton sebagai model pengganti bagi Proton Persona. Model ini dilancarkan pada 2012.


Proton Tuah

Proton Jebat

Proton Lekir

Proton Kasturi

Proton Lekiu

Proton Evolusi G

Sumber : Proton


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 | Apokehei©