Powered By Apokehei©

Webisod Taylor Samsung Hangat OTG3 Oxygen petronas

Sunday 26 August 2012

Monday 13 August 2012

Info : Iklan Raya TM 2012 - Pilih Ending Pilihan Anda -



Asri, Mei dan Kumar semakin meningkat dewasa dan Asri bakal melanjutkan pengajiannya ke Australia, meninggalkan Mei dan Kumar di Malaysia. Saksikanlah kisah suka duka yang bersulamkan mesej-mesej keharmonian, kekeluargaan, persahabatan, kemaafan dan juga bibit-bibit cinta yang mula berputik.

Pilih Ending Pilihan Anda :


 Ending 1- Dah Sampai
Di hujung ending ni..Mei membuat kejutan dengan mengambil langkah pergi ke Australia untuk meminta maaf kepada Asri..


 Ending 2 - Rahsia
Di hujung ending ni..Asri memutuskan untuk balik ke Malaysia bagi membuat kejutan kepada kawannya..Namun begitu,Asri terkejut setelah terbaca perbualan online antara Kumar dan Mei..Asri merasakan Kumar dan Mei mempunyai hubungan rahsia yang tidak diketahui oleh nya..


 Ending 3 - Perasaanku
Di hujung ending ni..Kumar berpura-pura meluahkan perasaan cintanya kepada Mei dan berharap agar Mei menolak cintanya..Kumar ingin menjadi orang tengah supaya Asri dan Mei meluahkan perasaan mereka..Asri menyangkakan bahawa Kumar betul-betul cintakan Mei dan Mei juga sebaliknya apabila Mei terdiam apabila Kumar meluahkan perasaannya..

 Ending 4 - Surprise
Di hujung ending ni..Asri kembali dari Ausrtalia dan mencari Mei dan Kumar..Asri berasa marah apabila terlihat Mei dan Kumar bermesra..Hubungan persahabatan mereka seakan-akan musnah setelah Asri marah akibat salah faham akan kemesraan Kumar dan Mei..

Sumber : Everyoneconnects

Lepas baca klik : Sini


Saturday 11 August 2012

Info : Cara Melamar Paling Bergaya



Sape Nak..??? Bole cuba..


Lepas Tengok klik sini..Here


Info : Kerat Alat Sulit Kerana Pingat Olimpik London???



Johari Pain iaitu seorang pengguna facebook telah meletakan cabaran akan memotong alat sulitnya jika atlet terjun negara Pandelela Rinong Pamg meraih sebarang pingat dalam acara terjun 10m platform individu wanita dalam sukan Olimpik London 2012..

Johari Pain telah dituntut untuk menunaikan janji supaya memotong alat sulit beliau selepas Pandelela Rinong memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10m platform.Kejadian tersebut juga mengangkat nama Johari Pain telah dikenali ramai dalam kalangan pengguna laman sosial facebook dan twitter..(Best tu..jadi famous..haha..)

Dalam masa beberapa jam saja..beberapa fanpage telah diwujudkan agar Johari Pain menunaikan janji agar memotong alat sulitnya..Pada masa yang sama..Johari Pain juga telah dikutuk oleh pengguna laman sosial mengenai cabaran beliau yang agak melampau itu..(Tu lah..fikir dulu sebelum berkata-kata..kan dah kena..)

Jumpa kat twitter..haha..#Janjidikerati

Antara Tweet pengguna Twitter mengenai Johari Pain


Yang ni pulak KHAS untuk Johari Pain..haha


Note: Johari Pain gagal dikesan sehingga kini..Kemana beliau menghilang??? Jawapan di tangan anda..hehe


Lepas baca klik sini ye..Here





Thursday 9 August 2012

Info : Petua Mencari Malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali



Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain Ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari :

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.


Monday 6 August 2012

Software : Free PDF to Word



Free PDF to Word Doc Converter
Easy and powerful pdf conversion software, convert pdf file to word file.

Download : Here


Thursday 2 August 2012

Info : Kereta Malaysia Keluaran Proton


Proton Saga : Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan 1985.

Proton Iswara : Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga,dilancarkan pada 1992.

Proton Wira : Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt.Versi ini amat popular di Malaysia.

Proton Perdana : Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.

Proton Putra : Sport Coupe 2 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti.Pengeluaran Putra bermula daripada tahun 1995.

Proton Satria : Hatchback 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.Dikeluarkan pada tahun 1995.
Proton Satria R3 : Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.
Proton Satria Neo : Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro.

Proton PERT : Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution III. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

Proton Tiara : Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX.Pengeluarkan pada 1996.

Proton Waja : Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri.Dilancarkan pada tahun 2000.

Proton Juara : Proton Juara merupakan sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.Dilancarkan pada 2001.

Proton Arena : Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia.Dilancarkan pada 2003.


Proton Gen-2 : Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira.Dilancarkan pada 2004.

Proton Savvy : Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara.Dilancarkan pada 2005.

Proton Persona : Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback.Dilancarkan pada 2007.


Proton Saga : Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada  2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.

Proton Exora : MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 2009. Ia menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda/6750rpm dan 150Nm of tork/4000rpm, memberikan kelajuan maksimum 165 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100 km.

Proton Emas : Proton Emas merupakan tiga kereta konsep yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd di Geneva pada 2010.


Proton_Preve : (Nama kod dikenali sebagai P3-21A) adalah kereta padat yang dibuat oleh Proton sebagai model pengganti bagi Proton Persona. Model ini dilancarkan pada 2012.


Proton Tuah

Proton Jebat

Proton Lekir

Proton Kasturi

Proton Lekiu

Proton Evolusi G

Sumber : Proton


Copyright © 2012 | Apokehei©